GIVEAWAY TERKINI (klik Banner untuk join)

GIVEAWAY TERKINI (klik banner untuk join)

Monday, September 16, 2013

Special Giveaway untuk Hari Malaysia


Bersempena dengan hari Malaysia pada hari ini, 16 September 2013, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air nya, saya mengharapkan agar negara Malaysia bertambah aman dan damai di samping mempunyai sistem pentadbiran negara yang lebih reliable dan lebih efficient.. Selain itu, saya berharap agar ekonomi negara Malaysia akan lebih stabil dan lebih banyak memberi faedah kepada rakyat Malaysia itu sendiri terutamanya membantu mereka2 yang lebih memerlukan seperti mereka yang kurang berkemampuan (miskin), insentif untuk usahawan yang baru menceburi bidang keusahawanan, membantu orang2 kurang upaya dan seangkatan dengannya..

Hari Malaysia ini ialah hari bersatunya Semenanjung Malaya, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara dibawah satu nama iaitu Malaysia.. Jesteru perkataan 'bersatu' itu seharusnya diberi keutamaan dalam meraikan hari bersejarah ini.. Hendaklah kita lebih bersatu padu dalam menjayakan kebanyakan aspirasi negara khususnya dalam mencapai Wawasan 2020.. Negara yang berbilang bangsa dan agama, harapan saya agar Malaysia dapat menjadi negara contoh kepada negara2 diluar sana dari segi kestabilan pentadbiran, kemajuan ekonomi, sahsiah, pendidikan, sukan dan seumpamanya tanpa menghadapi konflik dari aspek bangsa dan agama.. Sekaligus ini mencerminkan bahawa Malaysia mampu mencapai kata sepakat, bertolak-ansur dan saling memahami dalam satu negara yang berbilang kaum dan agama..

Saya juga berharap agar peluang2 pekerjaan lebih diperbanyakkan agar para graduan dapat mempraktikkan ilmu mereka sejurus sahaja mereka tamat pengajian.. Ini kerana ilmu yang telah dipelajari namun tidak dipraktikkan pada jangka masa lama berkemungkinan akan memberi impak negatif pada graduan tersebut di mana mereka mungkin akan lupa ilmu tersebut.. Jesteru, kurang nilainya diploma/ijazah tersebut andai ilmu tersebut terpaksa di revised semula..

Semoga cita2 dan kesungguhan Malaysia dalam mencapai label "developed country" dapat direalisasikan pada masa akan datang..

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia..

Tamat: 16 September 2013

1 comment:

Yumida Huda said...

betul tu sis
insentif perlu banyak diberikan bg membantu mereka yg kurang mampu
gdluck sis

kalau free, jemput LIKE post ni:

https://www.facebook.com/yumida00000/posts/446287318817861

TQ