GIVEAWAY TERKINI (klik Banner untuk join)

GIVEAWAY TERKINI (klik banner untuk join)

Sunday, October 20, 2013

PROGRAM VAKSINASI - HPV UNTUK WANITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! 


Apa itu Program Vaksinasi  HPV ? haa! Program Vaksinasi HPV ( PVHPV) adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara  (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat(KPWKM). 





Objektif utama program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang.



Matlamat utama vaksin ini adalah : 

• memberi vaksin HPV kepada semua perempuan yg lahir dalam tahun 1993 hingga 1995 yang tergolong dalam "kumpulan sasaran"

• Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV

• Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.



korang tau tak yang kanser pangkal rahim ni berbahaya buat kaum wanita kat luar sana? jadi di bawah inisiatif kerajaan, dari 2 Oktober hingga 16 November LPPKN akan pergi ke universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak untuk memberi vaksin percuma kepada korang yang bergelar perempuan ataupun wanita...kekeke....


untuk jelajah kali ni , LPPKN akan berada di Bukit Expo - UPM, pada 26th October 2013 dan program vaksinasi ini akan bermula pada 9 pagi sehingga 4 petang 




oh yer kepada mahasiswi universiti dan kolej semua ! ada benda yang menarik menanti buat korang semua !

Bagi mereka yang menyelesaikan semua tiga dos, mereka akan diberikan pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal yang dijadualkan pada 2 Mac 2014

Dan dalam masa terdekat ini , peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah.



 Hadiah tersebut cukup lumayan ! hadiah dan destinasi outing korang akan ditaja sepenuhnya pada Girls Day Out dan dengar khabar tempat tersebut amat menghiburkan. 

jadi tunggu apa lagi ge-girl sekalian? bersihat sambil korang berpeluang menangi hadiah yang hebat ! 


Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow, korang boleh layari http://facebook.com/PVHPV

1 comment:

nabila biela said...

salam...tq sbb review...sila bg no akaun maybank ke fb sy yer...ni link fb sy,...tq =)---->>> https://www.facebook.com/nabila.biela.3