GIVEAWAY TERKINI (klik Banner untuk join)

GIVEAWAY TERKINI (klik banner untuk join)

Wednesday, December 11, 2013

Apa itu SEO?

Ini adalah entri sambungan Contest SEO Eridy..

Entri ini saya akan cuba terangkan serba sedikit apa itu SEO berdasarkan apa yang saya faham ya

- Apa itu SEO?

SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Ia adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang kita tulis dalam blog supaya blog kita itu tersenarai dalam engin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya.. Maksudnya apabila seseorang itu membuat carian berdasarkan keyword "contest seo" misalnya, maka yang terpapar pada muka surat pertama engin carian tersebut adalah hasil daripada teknik SEO yang kita aplikasikan..


- Untuk apa SEO?

SEO ini diaplikasikan oleh blogger untuk mendapatkan traffik yang tinggi dari engin carian tadi.. Dengan mendapatkan traffik yang tinggi, ia mempunyai hubung kait yang seterusnya iaitu dengan pagerank, earning dan sebagainya..


lebih kurang macam mind map kat atas ni kepentingan SEO ni..

Jadi SEO ini penting bagi mereka yang menjadikan blog sebagai satu medium untuk mendapat satu pulangan kepada diri mereka seperti lebih dikenali, mendapat tawaran dari pelbagai syarikat pengiklanan misalnya dan mendapat side income daripada iklan-iklan yang dipaparkan dalam blog mereka.. Sebenarnya banyak lagi kelebihan-kelebihan yang dapat diperolehi apabila sesebuah blog itu mesra SEO..

Namun bagi yang menulis blog sebagai diari harian biasa, mengisi masa lapang, atau sekadar berkenalan dengan para blogger lain, SEO mungkin tidak begitu penting bagi mereka..


- Apa beza SEO dan SERP?

SEO adalah lebih kepada teknik dan cara-cara, manakala SERP atau kata panjangnya Search Engine Results Page adalah hasil kepada teknik SEO tadi.. kedudukan dalam engin carian tersebut..



Jadi anda yang belum join Contest SEO Eridy, boleh cuba join contest SEO ini dan cuba pelbagai teknik yang ada.. Klik Contest SEO Eridy untuk join..

No comments: